24 April 2015

KEM MEMBACA 1MALAYSIA

Tarikh      :  20 April 2015
Hari         :  Isnin
Masa       :  7.30 - 8.30 pagi
Tempat    :  Tapak Perhimpunan, SDASA



Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan pada 20 April 2015 di Astaka SDASA. Majlis ini dirasmikan oleh Pn Hjh Reha Bt Masngadi selaku pengetua SDASA. SDASA telah mengadakan READ secara serentak pada 21 April 2015 pada pukul 8.59-9.30 pagi di tiga kawasan iaitu di dewan besar bagi pelajar darjah peralihan, tingkatan 1 dan 2. Bagi tingkatan 5 pula di dewan terbuka dan tingkatan 3 dan 4 di balai wawasan dan kantin. Pelajar PPKI di dalam kelas mereka bersama guru-guru waktu tersebut. Bersama-sama guru mata pelajaran waktu tersebut, penyelaras tingkatan dan ajk guru. Semua guru juga terlibat dan memberikan kerjasama yang baik. PSS telah mengadakan beberapa program antaranya bengkel penulisan bersama penulis novel dari karangkraf iaitu Pn Rohaidah Harun merangkap alumni SDASA yang telah menyumbangkan ilmu kepada pelajar SDASA. Pertandingan kembara ilmu juga telah dijalankan dengan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Pertandingan ini juga adalah kerjasama daripada pihak kaunselor dan beberapa fasilitator dari luar. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program KM1M ini.




Pelancaran program oleh Pn. Reha Masngadi (Pengetua Cemerlang SDASA)

Program READ

Aktiviti Kembara Ilmu

Bengkel Penulisan

No comments:

Post a Comment