25 April 2015

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD PORT DICKSON 2015

Tarikh      :  22 - 24 April 2015
Hari         :  Rabu - Jumaat
Tempat    :  Arena SDASA




Kejohanan bola sepak MSSD Port Dickson telah berlangsung pada 22 hingga 24 April 2015 yang bertempat di Arena SDASA. Pasukan bawah 15 tahun SDASA ‘A’ telah menjadi johan di padang sendiri dan tempat ketiga bagi SDASA ‘B’. Bagi kategori 18 tahun ke bawah pasukan SDASA telah mendapat naib johan. Tahniah diucapkan kepada pasukan SDASA , guru pengiring dan jurulatih yang telah mangharumkan nama SDASA.



Pasukan SDASA 'A bersama piala kemenangan

24 April 2015

KEM MEMBACA 1MALAYSIA

Tarikh      :  20 April 2015
Hari         :  Isnin
Masa       :  7.30 - 8.30 pagi
Tempat    :  Tapak Perhimpunan, SDASA



Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan pada 20 April 2015 di Astaka SDASA. Majlis ini dirasmikan oleh Pn Hjh Reha Bt Masngadi selaku pengetua SDASA. SDASA telah mengadakan READ secara serentak pada 21 April 2015 pada pukul 8.59-9.30 pagi di tiga kawasan iaitu di dewan besar bagi pelajar darjah peralihan, tingkatan 1 dan 2. Bagi tingkatan 5 pula di dewan terbuka dan tingkatan 3 dan 4 di balai wawasan dan kantin. Pelajar PPKI di dalam kelas mereka bersama guru-guru waktu tersebut. Bersama-sama guru mata pelajaran waktu tersebut, penyelaras tingkatan dan ajk guru. Semua guru juga terlibat dan memberikan kerjasama yang baik. PSS telah mengadakan beberapa program antaranya bengkel penulisan bersama penulis novel dari karangkraf iaitu Pn Rohaidah Harun merangkap alumni SDASA yang telah menyumbangkan ilmu kepada pelajar SDASA. Pertandingan kembara ilmu juga telah dijalankan dengan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Pertandingan ini juga adalah kerjasama daripada pihak kaunselor dan beberapa fasilitator dari luar. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program KM1M ini.




Pelancaran program oleh Pn. Reha Masngadi (Pengetua Cemerlang SDASA)

Program READ

Aktiviti Kembara Ilmu

Bengkel Penulisan

18 April 2015

BENGKEL VLEFROG

Tarikh      :  18 April 2015
Hari         :  Sabtu
Masa       :  9.00 - 12..00 tgh
Tempat    :  Dewan Besar, SDASA










8 April 2015

PELANCARAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK

Tarikh      :  8 April 2015
Hari         :  Rabu
Masa       :  7.30 - 9.00 pagi
Tempat    :  Tapak Perhimpunan, SDASA



Majlis pelancaran Karnival Sains & Matematik telah berlangsung pada 8 April 2015 yang bertemakan “Science & Mathematics Towards A More Innovative And Creative Society”. Dirasmikan oleh GPK 1 En Salehudin B Pungut. Objektifnya adalah untuk membentuk pelajar yang berkemahiran dalam bidang Sains & Matematik serta celik teknologi.


Ucapan perasmian oleh En.Salehudin b Pungut (GPK Akademik)
Gimik pelancaran disempurnaan oleh En. Salehudin b Pungut dan Pn. Zahariah Abu Hasan