12 September 2014

Lambaian Kasih, Sanjungan Budi..





Selamat Bersara diucapkan kepada Pn. Hjh. Rabiah bt Ramli
(GPK Akademik SDASA)

Tarikh     :  12 September 2014
Hari        :  Jumaat
Tempat   :  Dewan Besar SDASA

Diarak ke dewan makan asrama untuk jamuan sarapan pagi

Bersama jemputan VVIP




Di iring ke dewan besar untuk majlis seterusnya

Menyaksikan persembahan silat oleh pelajar
Melalui karpet merah




Dipersembahkan Tarian Selamat Datang oleh penari-penari SDASA
Pelamin tersergam indah menanti pengantinnya

Pn.Hjh. Rabiah dan Tn.Hj Rani disandingkan kembali pada hari ini
Para guru mempersembahkan Koir dengan lagu "Memori Tercipta"
Upacara menepung tawar dimulai oleh Pn. Hjh. Salmah  wakil dari PPD Port Dickson

Diikuti oleh Pn. Hjh. Normah pengetua SMK Kg. Baru

En. Mazman

Rakan seperjuangan beliau turut menepung tawar
Anak-anak turut menepung tawar kedua ibubapa



Ucapan daripada orang yang diraikan Pn. Hjh Rabiah
Acara memotong pulut kuning

Selesai majlis, Pn.Hjh Rabiah dan Tn.Hj Rani diiringi ke luar dewan untuk majlis berangkat pulang

Diiring ke kereta mewah yang sedang menanti di luar dewan

Menaiki kereta mewah

Gimik kunci kereta di bawa oleh helikopter kecil

Akhirnya kereta dapat dihidupkan dan Pn.Hjh Rabiah dan Tn. Hj Rani berangkat pulang



SELAMAT BERSARA, SEMOGA SENTIASA SIHAT UNTUK MENJALANI KEHIDUPAN SELEPAS BERSARA

TERIMA KASIH, CIKGU!!

23 July 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA


Pihak Pengurusan sekolah, PIBG dan Sarana Sekolah SMK Datuk Haji Abdul Samad akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa pada hari ini. Diharap semua warga SDASA dapat menghadirkan diri.



22 July 2014

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

Tahniah diucapkan kepada Pn. Norlela (Ketua Kerani) telah dapat berpindah ke sekolah baru.  Segala jasa baik dan kerjasama yang diberikan kami ucapkan jutaan terima kasih.
 Selamat bertugas di sekolah baru.


Pn. Norlela diraikan oleh pihak pengurusan SDASA sempena pertukaran beliau.

Pn. Norlela diraikan oleh rakan seperjuangan.

pic: credit to pn.rabiah n pn.rozila


12 July 2014

MESYUARAT AJK PIBG

Tarikh     :  11 Julai 2014
Hari        :  Jumaat

Membincangkan perkara-perkara untuk kemajuan sekolah dan pelajar SDASA.


pic:  credit to Pn. Rabiah

11 July 2014

UPACARA PENYERAHAN SUMBANGAN AL QURAN DARIPADA TAN SRI ISA SAMAD

Tarikh      :  11/07/2014

Hari         :  Jumaat
Masa       :  7.30 - 8.10am
Tempat    :  Surau Ar-Rayyan



Sebanyak 100 buah al Quran telah disumbangkan untuk kegunaan para pelajar di sekolah dan di asrama SDASA.  Ia bagi menggantikan Quran lama yang telah uzur.  Semoga warga SDASA dapat memanfaatkan Al Quran ini dgn sebaik-baiknya.


Alhamdulillah..sejumlah al Quran yang telah disumbangkan


Ucapan alu-aluan dari Pengetua..melahirkan rasa syukur kerana ada pihak yang sudi mewakafkan al quran pada pihak sekolah.


Wakil pelajar asrama menerima sebahagian dari al quran tersebut



Wakil pelajar SDASA menerima sumbangan al Quran untuk kegunaan bersama
Pn. Rafidawati menerima bagi pihak guru-guru SDASA





Keadaan Quran yang sudah uzur

pic: credit to Pn. Reha

8 July 2014

Ujian SARINGAN PERMATA pintar (UKM2)

 

Tarikh      :  08/07/2014

Hari         :  Selasa
Masa       :  8 - 11pg dan 11 - 2ptg
Tempat    :  Makmal Komputer SDASA
Guru       :  Pn. Zailawati Mohd Zain
                 Pn. Nor Hasniza  Hashim
                 Pn. Rozila bt Mustafa


1.  SMK Datuk Haji Abdul Samad telah dipilih sebagai Pusat Ujian bagi Daerah Port Dickson.
2.  Ujian dijalankan di Makmal Komputer SDASA.
3.  Seramai 28 orang calon dari Daerah PD telah berjaya melayakkan diri pada saringan kedua ini.
4.  Sebanyak 12 sekolah yang terdiri daripada 8 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah.
  • SK Si Rusa
  • SK Jimah
  • SK Jimah Baru
  • SK Lukut
  • SK Kg. Baru Si Rusa
  • SJK (C) Yik Chiao
  • SK Panglima Adnan
  • SK Telok Kemang
  • SMK Raja Jumaat
  • SMK Datuk Haji Abdul Samad
  • SMK Yam Tuan Radin
  • SMK Bukit Saujana
5.  2 orang pelajar SDASA telah melayakkan diri bagi saringan kedua ini. Pelajar tersebut ialah NOR AINA MAISARAH (1A2) dan NUR SYAHIDA HILAL (3A2).
6.  Tahniah kepada semua pelajar...diharap dapat meneruskan lagi pada cabaran yang ketiga.