24 February 2014

PELANCARAN KEMPEN SIFAR VANDALISME 2014

Tarikh                               :  24.02.2014
Hari                                  :  Isnin
Masa                                :  7.40 pagi


Matlamat Program:
1.  Memberi kesedaran kepada pelajar tentang vandalisme di sekolah.
2.  Mendidik para pelajar supaya menyayangi harta benda sekolah
.
Objektif Program:
1.  Memberi pendedahan kepada pelajar tentang:
                    i.  kesan negatif aktiviti  vandalisme.
                   ii.  faktor-faktor vandalisme
                   iii. keburukan vandalisme
                   iv.  cara mengatasi masalah vandalisme di kalangan pelajar sekolah.
2.  Mendisiplinkan pelajar agar patuh kepada peraturan sekolah supaya tidak terlibat dengan vandalisme.
Kempen Sifar Vandalisme di SDASA
Ucapan dari Pengetua, Pn. Reha bt Masngadi
Pelancaran program
Adik Shalini telah terpilih untuk menerima Anugerah  Pelajar Contoh sempena kempen ini.





22 February 2014

PROJEK AL-BIRUNI 2014

"MOTIVASI OLEH KONSULTAN LUAR"
 
Tarikh                               :  22.02.2014
Hari                                  :  Sabtu
Masa                                :  7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat                             :  Dewan Seminar Masjid Jamek PD


Matlamat Program:
Projek ini diharapkan akandapat menggabungkan usaha sama komuniti luar, seperti pihak Masjid, Ibubapa, syarikat swasta dengan sekolah dalam membantu meningkatkan penguasaan akademik pelajar dan dalam masa yang sama mendidik rohani pelajar, selaras dengan hasrat mewujudkan Program Sarana Sekolah.
.
Objektif Program:
Adalah  diharapkan projek ini dapat...
1.   Meningkatkan keberkesanan fungsi komuniti yang terlibat serta  hubungan baik komuniti terbabit   dengan SDASA
2.  Meningkatkan motivasi belajar kumpulan serta matlamat arah kendiri pelajar sederhana serta mengurangkan masalah salah laku seperti ponteng dan salah laku disiplin.  Ini akan memudahkan guru melaksanakan program peningkatan akademik dengan lebih berkesan di sekolah.
3.     Meningkatkan peratus lulus pelajar sederhana dan juga meningkatkan pencapaian GPA sekolah dalam peperiksaan SPM

Pendaftaran pelajar

Dimulakan dengan bacaan yaasin

Ceramah Motivasi untuk slot 1 bermula

Pelajar tekun mendengar

Rehat dan makan-makan
Ceramah motivasi slot 2
Penglibatan pelajar yang positif dan aktif


Bergambar kenang-kenangan selepas program

LDP PENGURUSAN KOKURIKULUM

Tarikh                               :  22.02.2014
Hari                                  :  Sabtu
Masa                                :  8.30 pagi
Penceramah jemputan     :  Raja Azahar b Raja Sulaiman
                                            (GPK Kokurikulum, SMK Bukit Rokan)
Matlamat Program:
Meningkatkan pengetahuan tentang ko-kurikulum agar dapat dipraktikkan dalam aktiviti kokurikulum.
Objektif Program:
1.  Untuk mewujudkan kesedaran kepentingankokurikulum sebagai pelengkap kepada kurikulum di bilik darjah.
2.  Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menjayakan pelaksanaan kokurikulum di sekolah.
3.  Untuk menambahbaik pengurusan panitia dalam pelaksanaan akademik.

Sesi pengenalan diri oleh penceramah jemputan, Raja Azahar b Raja Sulaiman

Penceramah memulakan taklimat

Perkongsian ilmu oleh penceramah dengan guru-guru SDASA

Guru-guru tekun mendengar ceramah

Guru-guru yang hadir


20 February 2014

PROGRAM MOTIVASI HALUAN PELAJAR

Tarikh                               :  20.02.2014
Hari                                  :  Khamis
Masa                                : 8.00  pagi


Matlamat Program:
Program motivasi ini bertujuan...
1.   Melahirkan insan cemerlang yang mengamalkan jati diri gemilang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.   Memupuk kesedaran dan tanggungjawab pelajar kepada kendiri 
3.   Membina matlamat belajar, arah kendiri dan motivasi dari dalam diri.

Objektif Program:
1.   Melihat arah tuju pemilihan kursus dan kerjaya masa depan
2.   Untuk mempertingkatkan motivasi diri pelajar-pelajar
3.   Memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka boleh melakukan lebih baik daripada apa yang telah mereka lakukan sebelum ini.


Ucapan alu-aluan daripada Kaunselor, Pn. Fawziah Yahya
Ceramah motivasi  oleh, En. Zul Fakar b Ayub (Kolej MSU)


Pelajar tekun mendengar ceramah yang disampaikan
Peserta motivasi yang terdiri daripada pelajar-pelajar 5A4

Ceramah yang sangat menarik minat pelajar

PELANCARAN PROGRAM PPDA SDASA2014

"SDASA BEBAS DADAH"

Tarikh                             :  19.02.2014
Hari                                :  Rabu
Masa                              :  7.30pagi
Perasmian oleh                :  Pn. Reha bt Masngadi (Pengetua SDASA)
Penceramah jemputan     :  Inspektor Mohd Razly bin Mazly

Matlamat Program:
Melahirkan insan yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Objektif Program:
Memastikan pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Datuk Haji Abdul Samad bebas dari dadah.

Ucapan alu-aluan kaunselor, Pn. Hjh. Fawziah bt Yahaya
Penceramah Jemputan, Inspektor Mohd Razly B Mazly

Ucapan Pengetua SDASA, Pn. Reha bt Masngadi

 Perasmian Program



Pelajar tekun mendengar ceramah
Penyampaian cendera hati kepada penceramah

25 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H / 2014M

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Tarikh                             :  24.01.2014
Hari                                :  Jumaat
Masa                              :  7.30 - 9.30 pagi
Penceramah jemputan     :  Ustaz Mohd Zaki b Hamat

Matlamat Program:

Aktiviti ini diadakan setiap tahun sebagai sambulan hari–hari kebesaran Islam bagi memupuk semangat cintakan Allah dan Rasul sebagai wadah perjuangan hidup untuk kesejahtaraan dunia dan akhirat .


Objektif Program:
· Mendidik para pelajar supaya sentiasa mencintai Rasul dan menjadikan Rasul sebagai ikutan.
· Meningkatkan pengetahuan tentang sejarah perjuangan Rasul dan menjadi iktibar untuk masa kini  
  dan masa hadapan .
· Meningkatkan kesedaran pelajar supaya lebih bertaqwa kepada Allah dan mengikuti sunnah Rasulullah. 

Pelajar tekun mendengar ceramah


Penceramah Ustaz Mohd Zaki b Hamat
Barisan guru-guru yang hadir


24 January 2014

PERTANDINGAN KALIGRAFI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2014

Tarikh                               :  24.01.2014
Hari                                  :  Jumaat



Masa                                :  7.30 - 9.30 pagi
Tempat                             :  Balai Wawasan SDASA


Matlamat Program:

Pertandingan Kaligrafi sempena Tahun Baru Cina merupakan aktiviti yang diadakan berusaha untuk melahirkan pelajar yang dapat berfikir, berkomunikasi, menghayati kebudayaan serta member kesedaran bahawa kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan Negara dipikul bersama. Di samping itu, melalui pertandingan yang dipraktikkan dapat menimbulkan daya saing yang sihat, saling hormat menghormati  serta mempunyai matlamat hidup yang positif di kalangan pelajar.

.
Objektif Program:

1.1  Memberi motivasi kepada pelajar supaya berminat untuk belajar.

1.2  Menaman konsep perpaduan di kalangan pelajar melalui aktiviti kebudayaan kaum.

1.3  Menwujudkan peluang kepada pelajar untuk mendekati dan menghayati nilai-nilai murni kebudayaan masyarakat  Cina.

1.4  Mencungkil  bakat  terpendam  dalam kalangan  pelajar.

1.5  Memberi peluang berkomunikasi secara berkesan, memberi  pandangan positif dan menyelesaikan masalah.

1.6  Memupuk sikap kesederhanaan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan  orang  lain.
Ucapan perasmian oleh Pn. Toh Lee Lee (GKB Kemanusiaan)

Latihan /'warm up' menulis kaligrafi

Riang ria menulis kaligrafi




Cubaan menulis kaligrafi oleh GPK Kokurikulum (En. Kavi Shamsuddin), GKB Matematik dan Sains (Pn. Rita Marie), GKB Bahasa (En. Shahrul Yusri)
Dannnn....inilah hasilnya. Mereka berjaya menghasilkannya

Penyampaian hadiah kepada pemenang


Barisan guru-guru yag terlibat sepanjang pertandingan ini.