15 March 2014

LDP 2014 : PROGRAM PERASA (TEAM BUILDING)

Tarikh                               :  15.03.2014
Hari                                  :  Sabtu
Masa                                :  8.00 pagi - 1 tengahari

Matlamat Program:
1.  Kursus Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) dapat memberi peluang kepada para guru meningkatkan semangat serta keyakinan dan jati diri supaya mereka boleh memainkan peranan sebagai pendidik dengan lebih kerkesan.
.
Objektif Program:
1.  Meningkatkan semangat dan kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai pemimpin.
2.  Meningkatkan kemahiran dan keupayaan membina semangat kerja sepasukan.
3.  Meningkatkan kefahaman dan keprihatinan mengenai isu dan masalah yang dihadapi ummah masa kini.
4.  Mengeratkan jaringan kerjasama di kalangan rakan kongsi.

Sebahagian daripada peserta kursus

Berpelukan sesama rakan sekerja sebelum memulakan aktiviti

Add caption


Sesi pengenalan
Aktiviti suap menyuap


Mata ditutup..hanya mengharapkan bantuan dan bimbingan rakan sekerja


Aktiviti menceritakan kehebatan universiti masing-masing
Hadiah dan penghargaan kepada penceramah

13 March 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38, PENUBUHAN AJK SARANA IBU BAPA, DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2013/2014

Tarikh                               :  12 Mac 2014
Hari                                  :  Rabu
Masa                                :  3.00 petang
Tempat                             :  Dewan Besar, SDASA

Matlamat Program:
1.  Mengeratkan hubungan guru dengan ibubapa.
2.  Membincangkan tentang kecemerlangan dan masalah pelajar di SDASA
3.  Memberi penganugerahan kepada pelajar yang cemerlang.
4.  Memberi penganugerahan kepada guru yang telah memberikan kejayaan pada sekolah.
 
Pendaftaran Ibubapa


Pelajar yang akan diberi penganugerahan cemerlang
Ibubapa yang hadir


Mesyuarat bermula

Sesi soal jawab dengan ibubapa

Cadangan usul oleh ibubapa

Ucapan Perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Port Dickson

Ibubapa menerima sjil kecemerlangan bagi pihak anak mereka yang tidak dapat hadir

 

10 March 2014

KARNIVAL PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 2014

Tarikh                               :  10.03.2014
Hari                                  :  Sabtu
Masa                                :  7.30pagi - 9.00 pagi
Matlamat Program:
1.  Karnival ini bertujuan dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran bagi murid-murid
.
Objektif Program:
1.  Memperluaskan minda dan pemikiran pelajar tentang kepentingan kemahiran dan hala tuju kerjaya kemahiran.
2.  Mendekatkan pelajar dengan hala tuju selepas tamat persekolah terutama bagi pelajar tingkatan 5.
3.  Mendedahkan pelajar kepada institusi awam dan swasta melalui pameran kerjaya.
4.  Membentuk minda kelas pertama.
5.  Menarik minat pelajar tentang pentingnya 'hands on' melalui demonstrasi.
6.  Mengeratkan lagi silaturrahim antara warga sekolah dengan pihak luar.

Banner pelancaran


Pengetua menandatangani banner sekaligus merasmikan Karnival Teknik dan Vokasional 2014


Sebilangan pelajar-pelajar yang terlibat dalam pelancaran ini

Persembahan F1 dari sekolah jemputan,










Perarakan pelajar membawa masuk banner perasmian karnival

24 February 2014

PELANCARAN KEMPEN SIFAR VANDALISME 2014

Tarikh                               :  24.02.2014
Hari                                  :  Isnin
Masa                                :  7.40 pagi


Matlamat Program:
1.  Memberi kesedaran kepada pelajar tentang vandalisme di sekolah.
2.  Mendidik para pelajar supaya menyayangi harta benda sekolah
.
Objektif Program:
1.  Memberi pendedahan kepada pelajar tentang:
                    i.  kesan negatif aktiviti  vandalisme.
                   ii.  faktor-faktor vandalisme
                   iii. keburukan vandalisme
                   iv.  cara mengatasi masalah vandalisme di kalangan pelajar sekolah.
2.  Mendisiplinkan pelajar agar patuh kepada peraturan sekolah supaya tidak terlibat dengan vandalisme.
Kempen Sifar Vandalisme di SDASA
Ucapan dari Pengetua, Pn. Reha bt Masngadi
Pelancaran program
Adik Shalini telah terpilih untuk menerima Anugerah  Pelajar Contoh sempena kempen ini.





22 February 2014

PROJEK AL-BIRUNI 2014

"MOTIVASI OLEH KONSULTAN LUAR"
 
Tarikh                               :  22.02.2014
Hari                                  :  Sabtu
Masa                                :  7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat                             :  Dewan Seminar Masjid Jamek PD


Matlamat Program:
Projek ini diharapkan akandapat menggabungkan usaha sama komuniti luar, seperti pihak Masjid, Ibubapa, syarikat swasta dengan sekolah dalam membantu meningkatkan penguasaan akademik pelajar dan dalam masa yang sama mendidik rohani pelajar, selaras dengan hasrat mewujudkan Program Sarana Sekolah.
.
Objektif Program:
Adalah  diharapkan projek ini dapat...
1.   Meningkatkan keberkesanan fungsi komuniti yang terlibat serta  hubungan baik komuniti terbabit   dengan SDASA
2.  Meningkatkan motivasi belajar kumpulan serta matlamat arah kendiri pelajar sederhana serta mengurangkan masalah salah laku seperti ponteng dan salah laku disiplin.  Ini akan memudahkan guru melaksanakan program peningkatan akademik dengan lebih berkesan di sekolah.
3.     Meningkatkan peratus lulus pelajar sederhana dan juga meningkatkan pencapaian GPA sekolah dalam peperiksaan SPM

Pendaftaran pelajar

Dimulakan dengan bacaan yaasin

Ceramah Motivasi untuk slot 1 bermula

Pelajar tekun mendengar

Rehat dan makan-makan
Ceramah motivasi slot 2
Penglibatan pelajar yang positif dan aktif


Bergambar kenang-kenangan selepas program

LDP PENGURUSAN KOKURIKULUM

Tarikh                               :  22.02.2014
Hari                                  :  Sabtu
Masa                                :  8.30 pagi
Penceramah jemputan     :  Raja Azahar b Raja Sulaiman
                                            (GPK Kokurikulum, SMK Bukit Rokan)
Matlamat Program:
Meningkatkan pengetahuan tentang ko-kurikulum agar dapat dipraktikkan dalam aktiviti kokurikulum.
Objektif Program:
1.  Untuk mewujudkan kesedaran kepentingankokurikulum sebagai pelengkap kepada kurikulum di bilik darjah.
2.  Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menjayakan pelaksanaan kokurikulum di sekolah.
3.  Untuk menambahbaik pengurusan panitia dalam pelaksanaan akademik.

Sesi pengenalan diri oleh penceramah jemputan, Raja Azahar b Raja Sulaiman

Penceramah memulakan taklimat

Perkongsian ilmu oleh penceramah dengan guru-guru SDASA

Guru-guru tekun mendengar ceramah

Guru-guru yang hadir


20 February 2014

PROGRAM MOTIVASI HALUAN PELAJAR

Tarikh                               :  20.02.2014
Hari                                  :  Khamis
Masa                                : 8.00  pagi


Matlamat Program:
Program motivasi ini bertujuan...
1.   Melahirkan insan cemerlang yang mengamalkan jati diri gemilang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.   Memupuk kesedaran dan tanggungjawab pelajar kepada kendiri 
3.   Membina matlamat belajar, arah kendiri dan motivasi dari dalam diri.

Objektif Program:
1.   Melihat arah tuju pemilihan kursus dan kerjaya masa depan
2.   Untuk mempertingkatkan motivasi diri pelajar-pelajar
3.   Memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka boleh melakukan lebih baik daripada apa yang telah mereka lakukan sebelum ini.


Ucapan alu-aluan daripada Kaunselor, Pn. Fawziah Yahya
Ceramah motivasi  oleh, En. Zul Fakar b Ayub (Kolej MSU)


Pelajar tekun mendengar ceramah yang disampaikan
Peserta motivasi yang terdiri daripada pelajar-pelajar 5A4

Ceramah yang sangat menarik minat pelajar

PELANCARAN PROGRAM PPDA SDASA2014

"SDASA BEBAS DADAH"

Tarikh                             :  19.02.2014
Hari                                :  Rabu
Masa                              :  7.30pagi
Perasmian oleh                :  Pn. Reha bt Masngadi (Pengetua SDASA)
Penceramah jemputan     :  Inspektor Mohd Razly bin Mazly

Matlamat Program:
Melahirkan insan yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Objektif Program:
Memastikan pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Datuk Haji Abdul Samad bebas dari dadah.

Ucapan alu-aluan kaunselor, Pn. Hjh. Fawziah bt Yahaya
Penceramah Jemputan, Inspektor Mohd Razly B Mazly

Ucapan Pengetua SDASA, Pn. Reha bt Masngadi

 Perasmian Program



Pelajar tekun mendengar ceramah
Penyampaian cendera hati kepada penceramah